Skip to main content

Epic Games kelmarin mengacahkan yang mereka bakal menganjurkan Jualan Promosi Mega di Epic Games Store. Hari ini, jualan tersebut bermula dan ia menawarkan potongan harga yang cukup menarik.

Menurut kenyataan di kedai tersebut, permainan diberi potongan harga sehingga 75% dan juga potongan harga sebanyak $10 (~RM41) kepada semua permainan yang beharga $14.99 (RM62) dan ke atas termasuk juga permainan akan datang.

Buat masa ini Epic Games Store mempunyai kandungan permainan yang terhad akan tetapi dengan usaha mereka sebelum ini beberapa permainan adalah eksklusif di kedai tersebut. Berikut adalah beberapa permainan yang kami rasakan sangat berbaloi untuk dibeli semasa jualan promosi ini;

  • Detroit: Become Human – $9.99(~RM41)
  • Borderlands 3 – $34.99(~RM145)
  • Close to the Sun – $4.99(~RM20)
  • World War Z – $12.99(~RM54)
  • Vampire: The Masquerade – Bloodline 2 – $13.99(RM58)
  • Metro Exodus – $27.49(~RM114)
  • The Sinking City – $18.99(~RM79)
  • Control – $18.99(~RM79)

Selain itu, seperti setiap 2 minggu, permainan terbaru yang ditawarkan percuma adalah Stories Untold. Ia dibangunkan oleh No Code dan diterbitkan oleh Devolver Digital pada tahun 2017. Ia merupakan permainan pengembaraan-tekaria seram. Anda boleh muat turun sekarang sehingga 30 Mei. Menariknya, pada 23 Mei kelak satu lagi permainan boleh dimuat-turun secara percuma iaitu Rime.

Kami boleh katakan yang jualan promosi ini, walaupun mempunyai pilihan yang terhad akan tetapi agak menarik. Terutama kerana permainan yang akan dikeluarkan tidak lama lagi turut ditawarkan dengan lebih murah.

[info]Jualan Promosi Mega: Epic Games Store[/info] [download]Epic Games Store: Stories Untold[/download]

Leave a Reply