Informasi Permainan Video Terkini
Ini Adalah Promosi Sony PlayStation Untuk Hari Raya

Ini Adalah Promosi Sony PlayStation Untuk Hari Raya

Diterbitkan pada Mei 16, 2019 oleh .

Sudah hampir dua minggu kita menyambut bulan Ramadhan dan selepas ini bakal tiba bulan yang dinanti-nantikan ramai, iaitu Aidiladha. Hari Raya pasti akan ramai ahli keluarga berkumpul bersama-sama untuk ziarah-menziarahi dan meluangkan masa bersama-sama. Selepas selesai salam bersalaman dan bergambar – pasti anda inginkan aktiviti menarik untuk luangkan masa yang memberi memori indah.

Untuk memori indah ini, Sony telah hadir dengan tawaran hebat untuk membeli produk-produk PlayStation. terdapat empat produk menarik yang Sony tawarkan dan pasti mereka yang menerima duit raya awal itu boleh membeli produk ini untuk dimainkan bersama-sama dengan ahli keluarga.

Yang pertama adalah PlayStation Starter Pack pada harga RM1199. Berkas ini adalah berkas PlayStation 4 dan dua permainan video. Kedua adalah berkas PlayStation 4 Pro God of War yang dijual pada harga RM1549 dan ketiga adalah berkas PlayStation VR bersama-sama dengan Beat Saber pada harga RM1229. Tawaran terakhir adalah alat kawalan DualShock 4 yang ditawarkan pada harga hanya RM179.

Dapatkan promosi menarik ini sebelum ia tamat. Gembirakan hati ahli keluarga pada hari raya. Jangan sudah bersalam-salaman dan kemudian berebut-rebut dan dengki ketika bermain PS4. Beli sahaja alat kawalan baru atau pun set PlayStation 4 baharu.


TIPS & ULASAN