Skip to main content

Seperti kita sedia maklum di dalam permainan Vampire: The Masquerade Bloodlines 2 pemain akan bermula sebagai Thinblood yang boleh dikatakan sebagai berada di kasta terbawah.

Pemain kemudiannya boleh memilih untuk menyertai puak Vampire yang berlainan serta mempunyai lebih banyak kuasa. Pemain dapat memilih satu daripada 5 puak yang ada. Setakat ini, Paradox Interactive telah memperkenalkan dua puak iaitu Brujah, dan Tremere.

https://www.youtube.com/watch?v=aAoFUt-RW-c

Hari ini, mereka mengumumkan satu lagi puak iaitu Toreador. Puak Toreador merupakan puak yang mempunyai kedudukan yang tinggi di bandar Seattle. Puak tersebut juga mementingkan kecantikan tidak kira dalam segi apa, termasuk juga membunuh.

Mereka mempunyai dua disiplin yang boleh dipilih oleh pemain iaitu Presence yang mempunyai dua kebolehan, Awe akan membuatkan orang sekitar terpegun dan kaku. Kemudian ia boleh di gabung dengan kebolehan seterusnya iaitu Entrance yang membuatkan orang sekitar yang terpegun tadi mengikut watak. Boleh digunakan untuk menyelinap. Kebolehan ini boleh digunakan secara terbuka.

Disiplin yang seterusnya adalah Celerity, yang mempunyai kebolehan Unseen Storm, membolehkan pemain bergerak dengan laju, membolehkan untuk menyerang, bertahan dan melarikan diri. Watak-watak yang dilanggar akan terjatuh. Kebolehan kedua adalah Accelerate, membolehkan pemain bergerak dengan lebih laju sehinggakan persekitaran nampak macam kaku. Kebolehan ini tidak boleh digunakan secara terbuka.

Vampire: The Masquerade – Bloodlines 2 akan dikeluarkan pada suku pertama tahun 2020 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply