Jika anda merupakan pelanggan PS Plus dan juga bermain Apex Legends, ada berita baik untuk anda. EA dan Sony minggu ini memberikan satu pek percuma Apex Legends bagi pelanggan PS Plus.

Pek tersebut menyertakan 2 kostum watak (Lifeline dan Mirage), 2 hiasan senjata (Eva-8 dan R-99) dan 2 sepanduk (Lifeline dan Mirage). Barangan tersebut boleh ditebus semasa anda melanggan PS Plus akan tetapi akan menjadi hak milik anda sepenuhnya kemudian.

Apex Legends sudah dikeluarkan untuk Playstation 4, Xbox One dan PC pada 4 Februari 2019.

PS Store: Apex Legends: Playstation Plus Play Pack

Sohor Kini