Informasi Permainan Video Terkini
Komik Seterusnya Berdasarkan Permainan Marvel’s Spider-Man Akan Tiba Ogos Ini

Komik Seterusnya Berdasarkan Permainan Marvel’s Spider-Man Akan Tiba Ogos Ini

Diterbitkan pada Mei 16, 2019 oleh .

Permainan Marvel’s Spider-man oleh Insomniac Games boleh dikatakan mempunyai penceritaan dan watak Spider-man yang menjadi kegemaran ramai, pengikut siri Spider-man dan juga peminat kasual.

Mac lepas, satu komik yang meneruskan penceritaan permainan tersebut diterbitkan oleh Marvel iaitu Marvel’s Spider-man: City at War, komik tersebut baru dikeluarkan 2 jilid dan 4 lagi akan datang.

Minggu ini, Marvel mengumumkan satu lagi komik berdasarkan permainan tersebut iaitu Marvel’s Spider-man: Velocity. Komik tersebut akan meneruskan penceritaan di dalam permainan di mana penjahat baharu tiba iaitu Swarm. Pada masa sama beliau juga ingin memastikan Mary Jane yagn sedang melakukan penyiasatan selamat.

Ia juga akan memfokuskan bagaimana kostum Velocity direka, dan juga mengapa Peter Parker menghasilkannya. Komik ini akan terus ditulis oleh penulis sebelum ini iaitu Dennis Hopeless dan akan dikeluarkan bermula Ogos ini.


TIPS & ULASAN