Skip to main content

Di acara Nintendo Direct pagi ini, selain berkongsi lanjut mengenai Super Mario Maker 2, Nintendo juga mengumumakn Switch Game Voucher untuk pelanggan Nintendo Switch Online.

Baucar ditawarkan dengan harga $99.99(RM416) dan boleh merebusnya untuk mendapatkan 2 permainan yang terdapat di eShop termasuk juga beberapa permainan akan datang seperti Super Mario Maker 2. Tawaran ini adalah sehingga 31 Julai 2019.

Dengan kata lain, jika anda membeli 2 permainan yang berharga $59.99 setiap satunya, anda akan jimat $19.99 menggunakan baucar tersebut. Anda perlu menggunakan baucar tersebut dalam masa setahun selepas pembelian.

Bagi kami ia bukanlah satu potongan harga yang banyak, terutama memerlukan anda membeli dua permainan berharga penuh.

[info]eShop: Nintendo Switch Game Voucher[/info]

Leave a Reply