Skip to main content

Pada bulan Mei tahun lepas, aplikasi Steam Link akan dikeluarkan untuk iOS dan Android. Aplikasi tersebut adalah untuk membolehkan pengguna bermain permainan Steam mereka menggunakan peranti iOS ataupun Android secara penstriman.

Aplikasi tersebut akhirnya dikeluarkan untuk Android akan tetapi tidak untuk iOS. Menurut Valve, Apple menghalang aplikasi tersebut atas sebab ia mempunyai konflik dengan garis panduan App Store.

Hari ini tampaknya Apple telah memberi lampu hijau kepada Valve untuk mengeluarkan aplikasi tersebut kerana ia kini boleh dimuat turun oleh kesemua peranti iOS yang menyokong iOS 10.

Bagi mendapat kualiti penstriman yang baik, Valve menasihatkan agar PC/Laptop anda disambungkan ke router yang menyokong 5Ghz menggunakan Ethernet (kabel LAN) dan iPhone ataupun iPad anda disambung dengan Wifi 5Ghz tersebut.

[download]App Store: Steam Link[/download]

Leave a Reply