Skip to main content

Permainan naratif berasaskan audio adalah satu bentuk permainan yang unik. Bentuk permainan ini dilihat popular dari pembangun Accidental Queens melalui permua A Normal Lost Phone dan Another Lost Phone: Laura’s Story. Cara bermain permainan ini nampak sahaja mudah, tetapi ianya sukar dan perlukan banyak berfikir. Pemain hanya perlu mendengar kisah, kaji selidik petanda dan diberi atau jawab soalan yang tertera dan cuba selesaikan misteri.

Terkini, Accidental Queens telah melancarkan Alt-Frequencies. Satu lagi permainan naratif berasaskan audio. Dalam permua ini, pemain akan sangkut dalam satu lingkaran masa (time loop) dan perlu selesaikan misteri bagaimana untuk bebaskan diri daripada lingkaran masa ini. Berdasarkan rakaman audio yang terdapat, pemain perlu dedahkan audio yang mungkin memberi jawapan kepada misteri ini ke dunia. Setiap rakaman audio yang didedahkan akan mengubah berita yang diumumkan di dunia.

Apa yang menjadikan permainan ini susah adalah, untuk mencari rakaman audio yang sebenar – pemain perlu cari sendiri frekuensi radio mana yang tepat. Semestinya dalam permainan ini akan terdapat banyak frekuensi radio dari pelbagai stesen radio. Permainan ini sudah pun dilancarkan di Android hari ini dan untuk platform iOS dan PC, ia hanya boleh mula dimuat turun di App Store dan Steam pada esok hari.

Seperti permainan Accidental Queens sebelum ini, ia bukanlah percuma. Untuk Alt-Frequencies, ia dijual pada harga RM20.99 dan bagi yang berminat dengan bentuk permainan seperti ini – ia pastinya berbaloi untuk dimiliki.

[download] Beli Alt-Frequencies Di Play Store [/download] [download] Beli Alt-Frequencies Di Steam [/download]

Leave a Reply