Informasi Permainan Video Terkini
Permua Pokémon Rumble Rush Bakal Hadir Ke Android Tidak Lama Lagi

Permua Pokémon Rumble Rush Bakal Hadir Ke Android Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Mei 16, 2019 oleh .

Pokémon Rumble adalah permainan yang dilancarkan pada tahun 2009 untuk Nintendo Wii. Siri permainan video ini diteruskan dengan judul Pokémon Rumble Blast (Nintendo 3DS), Pokémon Rumble U (Wii U) dan Pokémon Rumble World (Nintendo 3DS) pada tahun 2011 sehinggalah tahun 2015. Pada tahun 2017, versi permua untuk Android dan iOS diperkenalkan pula iaitu Pokéland.

Versi Alpha

Pokéland pada tahun 2017 hanya hadir dalam bentuk alpha, selepas beberapa ujian dijalankan ia dihentikan begitu sahaja. Terkini, versi baharu permua telah diperkenalkan iaitu Pokémon Scramble SP ntuk pasaran Jepun dan Pokémon Rumble Rush untuk pasaran global. Bentuk permua ini adalah permua gerak-pantas (fast-pace) dan ia mudah dikawal dengan satu tangan sahaja. Pemain hanya perlu mengawal setiap Pokémon di skrin dengan tap atau menatal ke atas sahaja.

Seperti permainan Pokémon yang lain, mengumpul dan menaiktaraf Pokémon juga adalah salah satu mekanik permua ini. Permua ini percuma untuk dimainkan dengan sokongan iklan dan turut terdapat belian dalam aplikasi yang berharga dari RM3.90 sehingga RM104.90. Permua ini akan hadir untuk platform iOS dan Android. Untuk versi Android, ia sudah pun dilancarkan di Australia dan untuk negara lain akan diumumkan kelak. Namun, versi iOS masih belum ada khabar lagi.

Muat Turun Pokémon Rumble Rush Di Play Store


TIPS & ULASAN