Informasi Permainan Video Terkini
Bigben Interactive Berkongsi Senarai Permainan Yang Bakal Diterbitkan Oleh Mereka

Bigben Interactive Berkongsi Senarai Permainan Yang Bakal Diterbitkan Oleh Mereka

Diterbitkan pada Mei 15, 2019 oleh .

Bigben Interactive, iaitu penerbit permainan terkenal dengan pelbagai permainaan hari ini berkongsi sebilangan katalog permainan akan datang oleh mereka di mana bersempena dengan itu, mereka juga mengumumkan dua permainan baharu iaitu Blood Bowl 3 dan Vampire: The Masquerade.

Mereka juga sebelum ini mengumumkan permainan Overpass dan WRC 8 yang mana ianya dijadualkan untuk tiba sekitar tahun ini.

Buat masa ini, segala informasi lanjut akan diumumkan menjelang E3 2019 ini dan juga acara Gamescom 2019 yang bakal berlangsung Ogos kelak. Berikut adalah senarai permainan lain yang disenaraikan oleh mereka:

  • FIA European Truck Racing Championship
  • Paranoia Happiness Is Mandatory
  • WRC 8: The Official Game
  • Isle Of Man TT: Ride On The Edge
  • Tour De France: Saison 2019
  • Tennis World Tour
  • Overpass
  • The Fisherman: Fishing Planet
  • Bee Simulator
  • Warhammer: Chaosbane
  • Werewold The Apocalypse: Earthblood
  • Blood Bowl III
  • Vampire: The Masquerade

Seperti biasa, kami akan kongsikan sebarang informasi lanjut berkenaan permainan tersebut setelah mereka berkongsi informasi lanjut berkenaannya. Bagi anda yang ingin melihat video acah rasmi buat setiap permainan tersebut, anda boleh ke saluran rasmi Youtube Bigben Interactive.


TIPS & ULASAN