Bersempena dengan ulang tahun ke-15 buat permainan World Of Warcraft, Blizzard hari mengumumkan mereka akan melancarkan semula permainan World Of Warcraft berdasarkan versi awal ketika 2006 lepas sebagai World Of Warcraft Classic.
Melaluinya, World Of Warcraft Classic akan dilancarkan di PC pada 27 Ogos 2019 di mana ianya akan dilancarkan secara percuma buat pelanggan World Of Warcraft. Menariknya, beta tertutup permainan tersebut bakal bermula hari ini di mana ianya terhad untuk pemain terpilih sahaja.
Selain itu, Blizzard juga akan melancarkan acara khas yang bakal berlangsung buat permainan World Of Warcraft Battle For Azeroth bersempena dengan ulang tahun ini dengan pelbagai misi raid bersama acara dan misi khas.

Selain itu, buat anda peminat tegar World Of Warcraft, Blizzard juga mengumumkan edisi terhad khas, World Of Warcraft 15th Anniversary Collector’s Edition yang mana ianya menyertakan pelbagai kandungan khas sperti figura Ragnaros, pad tetikus, kod permainan 30 hari World Of Warcraft dan sebagainya. Menurut Blizzard, edisi ini akan dilancarkan pada 8 Oktober 2019 ini dengan harga $99.99(~RM418).
Bagi anda yang masih lagi bermain World Of Warcraft, jangan lepaskan peluang anda untuk sertai dan bermain World Of Warcraft Classic menjelang Ogos ini.