Informasi Permainan Video Terkini
Bentuk Aksi Watak Ms. Marvel Dan Spider-Man (Miles) Buat Marvel Ultimate Alliance 3: The Black Order Dipertontonkan

Bentuk Aksi Watak Ms. Marvel Dan Spider-Man (Miles) Buat Marvel Ultimate Alliance 3: The Black Order Dipertontonkan

Diterbitkan pada Mei 15, 2019 oleh .

Sebelum ini, kami melaporkan yang mana watak Ms. Marvel akan disertakan buat permainan eksklusif Switch akan datang, iaitu Marvel Ultimate Alliance 3: The Black Order.

Terkini, bersempena dengan laporan sepanjang bulan ini buat permainan tersebut oleh Game Informer, mereka berkongsi video khas yang mana ianya memperlihatkan bentuk aksi permainan buat watak Ms. Marvel dan juga Spider-Man (Miles Morales).

Melalui kedua-dua video di atas, mereka memperlihatkan sebilangan bentuk kemahiran dan serangan yang boleh lakukan oleh kedua-dua adiwira tersebut.

Menariknya juga, mereka juga memperlihat bentuk suara latar buat kedua-dua watak tersebut sekaligus memastikan bahawa kedua-dua watak tersebut akan menyertakan suara latar asli.

Marvel Ultimate Alliance 3: The Black Order akan dilancarkan secara eksklusif di Switch pada 19 Julai 2019 ini.


TIPS & ULASAN