Informasi Permainan Video Terkini
PUBG Mobile Mula Meminta Pemain Untuk Berehat Selepas Bermain Untuk Tempoh Tertentu

PUBG Mobile Mula Meminta Pemain Untuk Berehat Selepas Bermain Untuk Tempoh Tertentu

Diterbitkan pada Mei 15, 2019 oleh .

Tencent mula memperkenalkan sistem baharu iaitu ‘Gameplay Management’ untuk mempromosikan gaya bermain yang sihat.

Sistem tersebut adalah dikhususkan untuk pemain di bawah umur 18 tahun, di mana selepas bermain untuk tempoh tertentu, pop-up akan dikeluarkan untuk mengingatkan pemain agar berhenti bermain dan berehat.

Buat masa ini, sistem tersebut hanya terdapat untuk pemain di Indonesia, India, Nepal, UAE, Qatar, kuwait, Iraq, Arab Saudi dan Mesir. Pasaran lain akan menerimanya secara berperingkat.

Menurut Tencent, mereka merupakan antara yang pertama menyertakan sistem tersebut secara terus di dalam permainan. Mereka berharap dengan PUBG Mobile mula berkembang menjadi permainan tersohor, mereka dapat menyertakan satu ekosistem yang seimbang dan berterusan.

Ia mungkin satu sistem yang tidak dapat mengelak daripada sesi permainan yang melampau, tetapi saya merasakan ia adalah satu perkembangan yang baik.


TIPS & ULASAN