Bagi anda yang menyukai permainan Until Dawn yang dilancarkan beberapa tahun lepas di Playstation 4, anda mungkin akan berminat dengan permainan The Dark Pictures: Man Of Medan di mana ianya adalah permainan yang dibangunkan oleh pembangun yang sama, iaitu Supermassive Games.

Seperti yang diumumkan oleh mereka sebelum ini, permainan ini adalah permainan antologi khas yang diterbitkan oleh Bandai Namco buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Terkini, Game Informer berkongsi 11 minit bentuk permainan khas The Dark Pictures: Man Of Medan tersebut di mana mereka memperlihatkan bagaimana permainan tersebut akan dimainkan dan bentuk pemilihan dialog yang pemain boleh lakukan.

Seperti permainan Until Dawn, permainan tersebut tampaknya akan memfokuskan bentuk naratif yang mana setiap pilihan pemain akan memberi kesan terhadap penceritaan permainan tersebut. Video tersebut juga memperlihatkan sebilangan watak yang mengembara di atas lautan dengan kapal dan kemudiannya mereka di serang oleh lanun.

Pada penghujung video tersebut, Game Informer menyatakan bahawa permainan tesebut kemudiannya membawa watak-watak yang berada di atas kapal tersebut ke satu kapal berhantu. Dukacitanya, ianya terhenti setakat itu sahaja.

Semestinya ini merupakan satu permainan yang sangat menarik dengan elemen seram yang pasti akan mengejutkan pemain. Buat masa ini tarikh pelancarannya masih belum diumumkan, namun menurut Bandai Namco, ianya bakal tiba sekitar suku ketiga tahun ini.

Sohor Kini