Playarc mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan kandungan DLC percuma yang bertajukkan ‘Twilight Garden’ buat permainan realiti-maya Moss, bermula 21 Mei ini.

Menurut mereka, kemaskini ini akan tiba di Playstation VR, Oculus Rift dan HTC Vive. Manakala buat pengguna WIndows Mixed Reality, ianya akan tiba pada bulan Jun ini.

Melalui kemaskini ini, Playarc akan menyertakan pelbagai kandungan tambahan seperti kawasan, cabaran dan penceritaan baharu yang pemain boleh terokai bersama-sama dengan tikus kecil, Quill. Menurut pembangun juga, kemaskin ini juga akan memperkenalkan sebilangan tekaria baharu dan pada masa yang sama pemain akan bertempur dengan musuh berbeza.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan permainan Moss, ianya adalah permainan realiti-maya khas yang mana anda akan mengawal seekor tikus kecil, iaitu Quill dan membantu beliau untuk teroka dan mengembara di dalam dunia yang besar tersebut. Ianya telah pun dilancarkan di Playstation VR, HTC Vive dan Oculus Rift tahun lepas.

Sohor Kini