Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Darkwood Menerima Video Acah Untuk Pengeluaran Di Konsol

Permainan Darkwood Menerima Video Acah Untuk Pengeluaran Di Konsol

Diterbitkan pada Mei 15, 2019 oleh .

Darkwood merupakan permainan permainan seram ketahanan hidup daripada pandangan atas. Ia dibangunkan oleh Acid Wizard Studio dan sudah dikeluarkan untuk PC pada tahun 2017.

Mereka kemudiannya mengumumkan permainan ini akan turut dikeluarkan untuk konsol iaitu PlayStation 4 pada 14 Mei 2019, Switch pada 15 Mei 2019 dan Xbox One pada 16 Mei 2019. Bersempena dengannya, mereka mengeluarkan satu video acah.

Acid Wizard Studio sebelum ini membuat kejutan apabila memuat naik permainan penuh Darkwood versi PC untuk dimuat naik melalui Pirate Bay secara percuma. Mereka melakukan perkara tersebut agar pemain tidak ditipu dengan penjual yang menjuak permainan tersebut secara tidak sah.


TIPS & ULASAN