Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Mudah Alih Harry Potter: Wizards Unite Menerima Video Acah Baharu

Permainan Mudah Alih Harry Potter: Wizards Unite Menerima Video Acah Baharu

Diterbitkan pada Mei 15, 2019 oleh .

Portkey Games hari ini berkongsi satu video acah baharu untuk permainan mudah alih akan datang mereka iaitu Harry Potter: Wizards Unite. Dengan kerjasama bersama dengan Niantic Inc yang popular dengan permainan Pokemon Go, ia juga merupakan permainan realiti terimbuh.

Berdasarkan video yang diperlihatkan, pelbagai barangan serta binatang dari dunia magis memasuki dunia ‘muggle’. Seperti kita sedia maklum, di dalam dunia Harry Potter, golongan magis bersembunyi daripada dunia biasa.

Di dalam filem Harry Potter sendiri Ron Weasley dimarahi kerana menggunakan kereta terbang di dunia biasa untuk menyelamatkan Harry Potter.

Pemain yang bermain permua ini akan bertindak sebagai ahli Statute of Secrecy Task Force, iaitu kumpulan yang diberikan tanggungjawab oleh Ministry of Magic untuk mencari kejadian aneh magis di dunia biasa. Cara permainan adalah mirip Pokemon Go, di mana kamera peranti perlu digunakan dan pemain turut perlu bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi.

Buat masa ini tiada tarikh pengeluaran yang diumumkan akan tetapi bagi pengguna Android permua ini sudah boleh di pra-daftar. Beta tertutup juga sudah bermula tetapi terhad untuk pemain di Australia dan New Zealand sahaja.


TIPS & ULASAN