Bulan lepas, Ubisoft mengumumkan pelbagai penambahan kandungan yang bakal tiba untuk The Division 2. Antaranya adalah raid pertama untuk siri permainan tersebut Operation The Dark Hours.
Ia sebelum ini diumumkan akan dikeluarkan pada 25 April 2019 tetapi disebabkan masalah teknikal, Ubisoft menunda acara tersebut ke satu tarikh yang lain.
Minggu ini, Ubisoft akhirnya mengumumkan yang Operation The Dark Hours akan bermula pada 17 Mei 2019. Melaluinya, pemain bersama dengan 7 orang pemain lain akan bersama untuk bertempur dengan puak Black Tusk.
Raid ini hanya terbuka kepada pemain yang sudah menghabiskan permainan utama, dan sudah berada di peringkat World Tier 5 dan mempunyai Gear Score 490.
Tom Clancy’s The Division 2 sudah dikeluarkan pada 15 Mac 2019 untuk bakal tiba di Playstation 4, Xbox One dan PC.
[info]Bacaan Lanjut: Ulasan The Division 2 – Permainan Looter Shooter Yang Sangat Baik[/info]