Informasi Permainan Video Terkini
Epic Games Mengacah Jualan Promosi “Mega” Di Epic Games Store Tidak Lama Lagi
PC

Epic Games Mengacah Jualan Promosi “Mega” Di Epic Games Store Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Mei 15, 2019 oleh .

Perkara yang menjadi penarik utama untuk Steam, selain merupakan platform utama untuk memuat turun permainan digital sebelum ini adalah mereka sering mengadakan jualan promosi.

Melalui jualan promosi tersebut ia memberi peluang kepada pemain untuk mendapatkan permainan yang diingini dengan harga yang lebih murah. Melalui kicauan Twitter yang dimulakan oleh akaun Fortnite, Epic Games mengesahkan yang mereka bakal melakukan jualan promosi besar-besaran di Epic Games Store tidak lama lagi.

Dengan permainan di Epic Games Store masih terhad walaupun mempunyai beberapa permainan eksklusif adakah bermakna yang kesemua permainan akan diberi potongan harga?

Berfungsi sebagai klien untuk Fortnite, ramai juga pemain yang tertanya jika jualan promosi tersebut akan menyertakan pembelian V-Bucks untuk Fortnite.

Epic Games akan membuat pengumuman lanjut mengenai jualan promosi ini tidak lama lagi. Kami akan laporkan apabila ia sudah dikeluarkan kelak.


TIPS & ULASAN