LEGO minggu ini mengumumkan set “The Upside Down” iaitu set LEGO berdasarkan siri Netflix Stranger Things.
Stranger Things bakal mengeluarkan musim ke-3 tidak lama lagi akan tetapi ini adalah pertama kali LEGO mengeluarkan set berdasarkan siri tersebut dan boleh dikatakan mereka melakukannya dengan sangat baik.
Rekaan set LEGO tersebut adalah berdasarkan rumah keluarga Byers dan menariknya ia juga menyertakan dunia Upside Down, di mana Will Byers masih berada di dunia tersebut. Selain Will, set tersebut juga menyertakan watak utama yang lain iaitu Eleven, Mike, Lucas, Dustin, Jim dan Joyce.
Saya boleh katakan yang rekaan yang diperlihatkan sangat terperinci, tampalan surat khabar di tingkap diperlihatkan dan apabila rumah dibuka, susunan abjad bersama dengan lampu di dinding turut disertakan.
Set ini akan mula dikeluarkan pada 1 Jun 2019 dengan harga $199.99(RM834).