Bagi anda yang mengikuti perkembangan semasa berkenaan permainan Splinter Cell, permainan ini sudah berkali-kali diura-urakan sedang dibangunkan oleh Ubisoft. Daripada tertirisnya permainan tersebut di laman Amazon sehinggalah penyertaan watak Sam Fisher di dalam permainan Ghost Recon Wildlands, Ubisoft sampai sekarang tidak berkongsi yang mana ianya sedang dibangunkan ataupun tidak.

Terkini, Julian Gerighty iaitu pengarah kreatif untuk permainan Division 2 berkongsi satu kenyataan yang agak mencurigakan di mana beliau menyatakan bahawa mereka sini sedang membangunkan permainan seterusnya Splinter Cell.

Melalui kenyataan beliau di Twitter tersebut, beliau juga berkongsi beberapa imej bersama pengarah dan penerbit permainan lain Ubisoft dan mengacahkan bahawa pengumuman akan dilakukan di E3. Namun beliau kemudiannya berkongsi satu kenyataan di Twitter yang mana meminta peminat untuk tidak kongsikan Tweet tersebut.

Meskipun begitu, melalui laporan PC Gamer, Ubisoft menyatakan Julian Gerighty hanya melakukan lawak jenaka dan mereka tidak mempunyai sebarang pengumuman berkenaannya.

Semestinya ini adalah satu berita yang agak mengecewakan dan pasti ramai peminat Splinter Cell diluar sana akan marah dengan jenaka ini. Akan tetapi, ini juga tidak bermakna Splinter Cell tidak langsung dibangunkan buat masa sekarang. Memandangkan acara E3 2019 bakal tiba tidak lama lagi, kami percaya Ubisoft pasti akan mengumumkan sesuatu menjelang acara tersebut.

Sohor Kini