Nintendo hari ini mengumumkan yang mana mereka akan mengadakan acara penstriman langsung, Nintendo Direct sempena permainan Super Mario Maker 2 pada awal pagi esok. Ianya akan mula ditayangkan pada jam 6 pagi pada 16 Mei (Waktu Malaysia) melalui saluran rasmi Youtube Nintendo.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan Super Mario Maker 2, ianya adalah permainan pembinaan pentas permainan Super Mario yang mana ianya didatangi dengan pelbagai kelengkapan untuk pemain hasilkan pentas mereka sendiri. Nintendo sebelum ini mengumumkannya ia bakal tiba pada 28 Jun 2019 ini secara eksklusif di konsol Switch.

Buat masa ini informasi lanjut berkenaan acara Nintendo Direct tersebut masih lagi samar, namun kami percaya mereka akan kongsikan pelbagai kandungan baharu permainan tersebut ketika acara tersebut, memandangkan ianya bakal tiba tidak lama lagi.

Sekaligus, bagi anda yang tidak sabar untuk mendapatkan permainan ini dan ingin mengetahuinya lebih lanjut, pastikan selepas sahur esok, anda berjaya bersama kami untuk menontonnya. Namun, bagi anda yang terlepas, jangan khuatir kerana kami di Aksiz pasti akan mengemaskini sebarang pengumuman oleh mereka di sini.

Sohor Kini