Informasi Permainan Video Terkini
Void Bastards Akan Dilancarkan Pada 29 Mei Ini
PC

Void Bastards Akan Dilancarkan Pada 29 Mei Ini

Diterbitkan pada Mei 15, 2019 oleh .

Tahun lepas, Blue Manchu mengumumkan satu permainan penembak strategi baharu yang mana ianya dibangunkan oleh bekas-bekas pembangun buat permainan terkenal seperti Bioshock dan System Shock.

Terkini, mereka akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran permainan tersebut iaitu Void Bastards yang mana ianya bakal tiba pada 29 Mei 2019 ini di konsol Xbox One dan PC. Menariknya, permainan ini akan tiba pada hari yang sama di Xbox Game Pass.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, permainan ini akan memfokuskan bentuk strategi dan pada masa yang sama bentuk penembak pandang pertama. Melaluinya, pemain juga perlu mengumpul barangan untuk teruskan hidup dan merancang pergerakan untuk menewaskan musuh dan bertahan daripada dibunuh.

Semestinya ini adalah satu permainan yang sangat menarik terutamanya visualnya yang kelihatan seakan permainan klasik dengan grafik cel-shaded.

Bagi anda yang ingin dapatkan permainan ini, ianya akan dilancarkan di PC melalui Steam dan di konsol Xbox One menjelang hujung bulan ini.


TIPS & ULASAN