Bagi anda yang menanti untuk bermain permainan Super Neptunia RPG dan menantinya sejak tahun lepas, anda tidak perlu menanti dengan begitu lama di mana permainan tersebut diumumkan bakal tiba pada 21 Jun 2019 ini di Playstation 4, Switch dan juga PC melalui Steam.

Super Neptunia RPG merupakan permainan side-scrolling RPG yang dibangunkan oleh Artisan Studios. Permainan tersebut bakal membawa watak-watak dari siri Neptunia yang mana pemain berpeluang untuk mengembara di dalam dunia permainan tersebut dan bertempur secara turutan seakan permainan klasik RPG.

Menariknya, menurut kenyataan Idea Factory, permainan tersebut di Playstation 4 akan mempunyai sedikit perubahan dari segi imej CG. Namun bagi versi Switch dan PC, mereka akan mengekal imej CG asli daripada versi pasaran Jepun.

Dengan pelancarannya ini, ianya juga adalah buat pertama kalinya permainan siri Neptunia bakal tiba di konsol Switch. Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan ini menjelang Jun ini.

Sohor Kini