NieR: Automata dilancarkan 2017 lepas di PC dan Playstation 4, kemudiannya ia dilancarkan di Xbox One pada tahun lepas di mana Square-Enix melancarkan semual dengan edisi NieR: Automata Game Of The YoRHa Edition.

Terkini, melalui akaun rasmi Twitter permainan tersebut, Square-Enix berkongsi yang mana permainan tersebut kini sudah mencapai hasil edaran dan jualan digital sebanyak 4 juta salinan.

Hanya Disember lepas sahaja Square-Enix berkongsi yang mana permainan tersebut mencapai 3.5 juta salinan hasil edaran.

Tidak terkejut untuk permainan ini mencapai 4 juta salinan di mana ianya adalah siri NieR yang sangat terkenal terutamanya watak 2B yang menjadi kegilaan ramai. Sebelum ini Square-Enix dan Bandai Namco juga mengumumkan bahawa watak 2B juga bakal tiba di permainan Soul Calibur VI sebagai watak tetamu khas.

NieR: Automata merupakan permainan aksi pengembaraan yang dibangunkan oleh Platinum Games dan dilancarkan oleh Square-Enix di Playstation 4, Xbox One dan juga PC. Kami dari Aksiz juga ingin mengucapkan tahniah buat Platinum Games dan Square-Enix atas kejayaan ini.

Sohor Kini