Netflix iaitu platform penstriman filem dan TV siri hari ini mengumumkan bahawa mereka akan menyertai acara E3 2019 yang bakal berlangsung Jun ini.
Menurut Geoff Keighley, Netflix bakal mengadakan panel mereka sendiri yang mana mereka akan kongsikan berkenaan pembangunan permainan video berdasarkan siri Netflix Originals.
Buat masa ini informasi lanjut tidak dikongsikan. Namun apa yang pasti, salah satu permainan yang disahkan daripada Netflix Originals adalah Stranger Things 3: The Game yang mana ianya diumumkan tahun lepas.
Mungkin juga dengan pengumuman ini kita bakal melihat permainan seakan Stranger Things Telltale yang tertiris sebelum ini? Namun, sudah pasti ianya tidak akan dibangunkan oleh Telltale memandangkan syarikat sudah pun ditutup. Meskipun begitu, terdapat pelbagai pembangun-pembangun Telltale Games kini berada di Studio baharu, iaitu AdHoc Studio.
Walau bagaimana pun, kami pasti akan mengemaskini sebarang pengumuman oleh Netflix menjelang E3 2019 kelak.