Skip to main content

Newzoo minggu ini mengeluarkan laporan mengenai pasaran bagi industri permainan video. Menurut laporan tersebut terdapat lebih daripada 1 bilion perempuan yang merupakan peminat dan pengikut permainan video. Jumlah tersebut adalah 46% daripada jumlah keseluruhan menjadikan lelaki 54%.

Selain itu, disebabkan permainan video kini berkembang kepada pelbagai cabang, ia tidak tertakluk kepada bermain sahaja, mereka juga mengeluarkan Gamer Segmentation yang memberikan kategori berbeza untuk peminat permainan video. Terdapat 8 kategori kesemuanya iaitu;

  • The Ultimate Gamer – Peminat yang mengikut segala perihal permainan video dan banyak meluangkan masa serta wang ringgit untuk permainan video.
  • The All-Around Enthusiast – Meminati bermain dan juga menonton permainan video.
  • The Cloud Gamer – Pemain yang lebih memfokuskan permainan berkualiti dan lebih menggemari permainan percuma untuk dimainkan serta jualan promosi.
  • The Conventional Player – Lebih suka bermain berbanding melihat orang lain bermain.
  • The Hardware Enthuasiast – Lebih menggemari dan mengikut mengenai perkakasan bukan sahaja untuk permainan video tetapi juga untuk kerja.
  • The Popcorn Gamer – Lebih menggemari untuk menonton orang lain bermain permainan video berbanding bermain.
  • The Backseat Viewer – Pernah menggemari permainan video tetapi kini lebih kepada menonton sahaja.
  • The Time Filler – Hanya bermain permainan video semasa sedang di dalam perjalanan dan sekadar untuk menghabiskan masa.

Peminat lelaki dan perempuan mempunyai majoriti di dalam kategori yang berbeza. Lelaki tiga kategori tertinggi adalah The Cloud Gamer (21%), The Time Filler (19%) dan The Ultimate Gamer (15%. Bagi peminat perempuan pula, tiga tertinggi adalah The Time Filler (36%), The Cloud Gamer (17%) dan The Popcorn Gamer (14%).

Menurut Newzoo, dengan perkembangan berterusan untuk industri permainan video akan terdapat lebih banyak kategori yang berbeza untuk peminat yang mengikuti permainan video.

Leave a Reply