Skip to main content

Kami sebelum ini melaporkan yang Tencent telah membuang PUBG Mobile dari pasaran China apabila permainan tersebut tidak mendapat kebenaran untuk menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Tencent kemudiannya menggantikan permua tersebut dengan permainan pertempuran royale yang seakan PUBG Mobile tetapi mempunyai elemen kurang ganas dan lebih mesra dengan ketenteraan China iaitu Game for Peace.

Walaupun terpaksa mengalah dengan peruntukan kerajaan, Tencent mungkin tidak merasa terlalu rugi apabila permua tersebut telah mendapat sambutan yang baik. Berdasarkan anggaran oleh Sensor Tower, ia telah menjana pendapatan sebanyak RM50 juta dalam masa 3 hari dikeluarkan. Ia adalah melalui App Store sahaja.

Leave a Reply