Ini Adalah Video Acah Maleficent: Mistress of Evil

Maleficent adalah nama watak dari filem animasi Disney, Sleeping Beauty. Filem animasi ini ditayangkan pada tahun 1959 dan pada tahun 2014, filem aksi-nyata memfokuskan watak Maleficent telah ditayangkan. Jarang sekali Disney hadir dengan filem yang mana watak utamanya adalah penjahat. Dalam filem ini Maleficent dilakonkan oleh Angelina Jolie.

Lima tahun sudah berlalu, pada bulan Mac lepas poster buat sekuel Maleficent telah diterbitkan oleh Disney dengan judul Maleficent: Mistress of Evil. Pada waktu itu ia dikatakan akan ditayangkan pada Mei 2020. Baru-baru ini, video acah buat filem ini telah diterbitkan dan tarikh tayangannya adalah awal – iaitu 18 Oktober 2019. Dalam video acah ini, ia mempertontonkan Maleficent yang ingin merampas kuasa diraja baharu. Watak puteri diraja, Princess Aurora masih dilakonkan oleh pelakon yang sama – iaitu Elle Fanning. Kesemua ini berlaku beberapa tahun selepas kejadian yang berlaku pada filem pertama.

Fokus sekuel ini adalah hubungan rumit bakal permaisuri baharu dengan makhluk-makhluk ghaib. Namun, Maleficent masuk campur dan menghuru-harakan keadaan. Bukan itu sahaja, Maleficent dilihat sudah semakin berkuasa apabila beliau berubah menjadi ahli sihir yang paling kejam.

Sohor Kini