Ghostbusters: The Video Games Versi Remastered Tertiris

Ghostbusters: The Video Games merupakan permainan yang dikeluarkan pada tahun 2009 untuk PlayStation 2, PlayStation 3, PSP, Xbox 360, Wii, Nintendo DS dan PC. Ia dibangunkan oleh Terminal Reality dan diterbitkan oleh Atari.

Minggu ini, berdasarkan penyenaraian di Rating Board untuk Taiwan, versi Remastered untuk permainan tersebut telah disenaraikan. Ia dibangunkan oleh Mad Dog Games yang merupkaan pembangun untuk Shaq Fu: A Legend Reborn.

Senarai tersebut hanya memperlihatkan konsol Xbox One, tetapi jika ia adalah benar, kami menjangkakan ia akan dikeluarkan untuk kesemua konsol utama.

Melalui permainan ini, pemain akan mengawal watak baharu yang digelar sebagai ‘Rookie’ iaitu ahli baharu untuk pasukan Ghostbuster. Penceritaan pula adalah berlaku selepas filem Ghostbuster 2.

Sohor Kini