Informasi Permainan Video Terkini
Square Enix Membatalkan Project Prelude Rune Selepas Hideo Baba Meninggalkan Syarikat Tersebut

Square Enix Membatalkan Project Prelude Rune Selepas Hideo Baba Meninggalkan Syarikat Tersebut

Diterbitkan pada Mei 14, 2019 oleh .

Pada September tahun lepas, Square Enix mengumumkan satu permainan baharu sedang dibangunkan. Pada masa itu ia dipanggil sebagai Project Prelude Rune.

Pembangunan tersebut diketuai oleh Hideo Baba yang terkenal dengan siri permainan ‘Tales of’ oleh Bandai Namco melalui Studio Istolia. Namun, bulan lepas beliau meninggalkan studio tersebut dan juga Square Enix.

Minggu ini tampaknya Square Enix membatalkan projek tersebut secara terus. Segala pengumuman termasuk juga video youtube, akaun Twitter dan Facebook untuk projek tersebut kini telah dibuang.

Selain itu, laman web permainan tersebut kini akan membawa pelawat ke laman rasmi Square Enix. Buat masa ini tiada pengumuman rasmi yang dilakukan oleh mereka.


TIPS & ULASAN