Skip to main content

Bandai Namco buat masa ini masih tidak membuat sebarang pengumuman mengenai watak DLC terakhir bagi musim kedua untuk Dragon Ball FighterZ.

Namun, ia mungkin sudah diketahui apabila Larry Hryb iaitu pengarah kejuruteraan Microsoft semasa acara This Week on Xbox mengatakan watak seterusnya adalah Janemba, walaupun beliau mengatakan “skin” baharu dan bukan watak.

Oleh disebabkan beliau juga menyebut Goku GT iaitu watak DLC yang sebelum ini, ramai yang mengatakan Janemba adalah watak seterusnya untuk DLC.

Janemba merupakan watak jahat yang tampil di dalam filem Dragon Ball Z: Fusion Reborn. Dragon Ball FighterZ telah pun dilancarkan tahun lepas di Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC.

[info]Bacaan Lanjut: Ulasan Dragon Ball FighterZ – Permainan Dragon Ball Terbaik[/info]

Leave a Reply