Outer Wilds merupakan permainan dunia terbuka fiksyen sains, pemain akan berada di atas satu planet tetapi disebabkan supernova akan berlaku dalam masa 20 minit, pemain hanya mempunyai selama itu sahaja untuk mengembara sebelum terbunuh, sebelum hidup semula dan mengulanginya sekali lagi.
Ia dibangunkan oleh Mobius Digital dan diterbitkan oleh Annapurna Interactive. Permainan tersebut akan dikeluarkan terlebih dahulu untuk Xbox One dan PC manakala versi konsol lain di dalam perancangan.
Minggu ini, mereka juga mengumumkan yang versi PC untuk permainan tersebut akan dikeluarkan secara eksklusif melalui Epic Games Store tetapi buat masa terhad. Buat masa ini mereka tidak mengumumkan tempah eksklusif tersebut.
Buat masa ini tiada tarikh keluaran diumumkan tetapi ia dijangkakan pada tahun ini.