Melalui perkongsian di majalah PlayStation, penerbit eksekutif Wolfenstein: Youngblood Jerk Gustafsson mengatakan rekaan peringkat untuk permainan tersebut mempunyai persamaan dengan rekaan permainan Dishonored.
Setiap peringkat akan mempunyai pelbagai cara untuk diselesaikan dan pada masa sama mempunyai beberapa misi sampingan yang boleh dilakukan oleh pemain.
Perkara tersebut adalah berjaya dilakukan kerana permainan terbaru bagi siri ini juga dibangunkan bersama dengan Arkanse Studio iaitu pembangun untuk siri permainan Prey dan Dishonored.
Selain itu, beliau juga mengatakan yang permainan ini akan mengandungi penceritaan yang lebih sedikit berbanding permainan sebelum ini tetapi akan mempunyai lebih banyak misi sampingan yang akan menjadikan masa bermain lebih lama.
Wolfenstein: Youngblood dibangunkan oleh Machine Games dan juga Arkane Studio dan diterbitkan oleh Bethesda. Ia bakal tiba pada 26 Julai ini di Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.