Jika sebelum ini kita lihat yang seorang peminat telah menghasilkan semula adegan perlawanan di antara Captain America bersama Bucky melawan Iron Man menggunakan Dreams Universe iaitu ‘permainan’ yang dikeluarkan oleh Media Molecule.

Minggu ini, seorang lagi pemain melakukan satu lagi perkara yang menakjubkan iaitu beliau cuba untuk membina semula permainan Metal Gear Solid menggunakan Dreams.

Bear Parker merupakan pengurus komuniti bagi TT Games berkongsi satu video projek beliau tersebut yang memperlihatkan peringkat awal bagi permainan Metal Gear Solid yang dikeluarkan pada tahun 1998.

Menurut Parker, projek tersebut masih sedang berjalan dan berharap jika ada yang ingin terlibat sama untuk menghubungi beliau. Selain itu, beliau juga berkongsi pelbagai masalah yang timbul tetapi masih berharap projek tersebut berjaya.

Saya tidak pasti sejauh mana beliau dapat menghasilkan permainan ini menggunakan Dreams akan tetapi ia terus memperlihatkan bagaimana Dreams berfungsi bagaikan satu enjin permainan video.

Bagi anda yang berminat, Dreams kini boleh didapati secara akses awal melalu PSN Store.

Sohor Kini