Pepatah melayu ada mengatakan “Lembu punya susu, Sapi yang mendapat nama”, atau maksudnya seseorang itu berjaya tetapi atas usaha orang lain. Perkara ini sering terjadi dalam hidup dan tidak terlepas juga di dalam permainan video.

Respawn mengumumkan yang mereka akan mengharamkan buat sementara waktu untuk pemain yang menjadi ‘sapi’, mereka juga mungkin mengharamkan secara terus jika ia adalah kes yang berat.

Mereka mengatakan telah menerima banyak laporan daripada pemain yang mengatakan salah seoarang daripada rakan sepasukan mereka tidak melakukan sebarang aktiviti semasa bermain.

Pemain bermasalah tersebut tidak mencari senjata dan tidak melakukan sebarang serangan sebaliknya sekadar berharap rakan pasukan lain untuk bermain.

Menurut Respawn lagi, mereka tidak menguatkuasakan perkara ini secara terus akan tetapi mereka ingin memberi amaran kepada semua pemain.

Sohor Kini