Informasi Permainan Video Terkini
Bethesda Kongsi Perancangan Kandungan Buat Rage 2 – Menyertakan Pelbagai DLC Percuma
PC

Bethesda Kongsi Perancangan Kandungan Buat Rage 2 – Menyertakan Pelbagai DLC Percuma

Diterbitkan pada Mei 12, 2019 oleh .

Permainan Rage 2 bakal dilancarkan tidak lama lagi di mana pasti Bethesda Softworks tidak sabar untuk kongsikan pelbagai informasi berkenaan permainan tersebut. Sebelum ini, mereka juga memperlihatkan gambaran keseluruhan permainan tersebut yang mana ianya memperlihatkan bentuk dan adegan permainan yang bakal tiba.

Terkini, Bethesda berkongsi pula perancangan kandungan buat permainan tersebut yang mana ianya memperlihatkan kandungan-kandungan yang bakal tiba buat permainan tersebut sehingga suku ketiga tahun ini.

Sudah semestinya terdapat kandungan DLC berbayar yang mana Bethesda menjanjikan dua daripadanya bakal tiba selepas Ogos kelak. Namun, menariknya juga Bethesda juga menyatakan bahawa akan terdapat pelbagai kandungan DLC percuma yang bakal mereka sertakan buat permainan tersebut yang terdiri dengan pelbagai kandungan seperti acara, kostum senjata dan pelbagai lagi cabaran-cabaran khas.

Selain itu, seperti yang dijanjikan oleh Bethesda, kod penipuan khas buat permainan tersebut juga bakal tiba secara percuma selepas ianya dilancarkan kelak.

Semestinya dengan perancangan kandungan permainan ini, Rage 2 pasti akan memberi satu pengalaman permainan yang berterusan buat pemain terutamanya mereka yang meminati permainan bergenre dunia terbuka ini. Kami di Aksiz pasti akan melakukan ulasan buat Rage 2 setelah ianya dilancarkan kelak.

Rage 2 akan dilancarkan secara rasmi pada 14 Mei 2019 ini di Playstation 4, Xbox One dan juga PC.


TIPS & ULASAN