Skip to main content

Awal tahun ini, Nintendo melancarkan permainan percuma khas buat pelanggan Nintendo Switch Online di konsol Switch iaitu Tetris 99 yang mana ianya memfokuskan permainan Tetris dalam bentuk pertempuran royale.

Terkini, Nintendo mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan satu DLC baharu khas buat permainan tersebut iaitu Big Block, di mana ianya membenarkan pemain untuk bermain secara luar-talian dan bertempur bersama CPU.

Melaluinya, ianya menyertakan dua mod utama iaitu mod CPU Battle, di mana pemain akan bertempur dengan 98 CPU lain. Manakala mod kedua adalah mod maraton yang mana pemain perlu bertahan dan menyusun blok-blok Tetromino tersebut.

Menariknya, memandang mod ini boleh dimainkan secara luar talian, sekaligus buat mereka yang tidak melanggan Nintendo Switch Online, mereka akan berupaya untuk bermain permainan Tetris 99 ini dengan membeli DLC tersebut di mana ianya akan dijual di Nintendo eShop dengan harga $9.99(~RM42).

Selain itu, kejohanan buat Tetris 99 yang diumumkan oleh Nintendo sebelum ini iaitu Maximus Cup juga kini bakal di adakan semula untuk kejohanan kali ke-3 di mana ianya bakal bermula 17 sehingga 19 Mei.

Menurut Nintendo, kejohanan ini akan terbuka buat kesemua pemain secara atas-talian dan bagi pemain yang berjaya mendapat lebih dari 100 markah, mereka akan berpeluang untuk mendapatkan tema khas di dalam permainan tersebut yang bertemakan bentuk rekaan permainan asli Tetris di Game Boy.

Bagi anda yang ingin mengetahui informasi lanjut berkenaan permainan ini, anda boleh ke pautan rasmi permainan Tetris 99.

Leave a Reply