Skip to main content

Tampaknya, permainan Ghost Recon: Breakpoint yang baru sahaja diumumkan minggu lepas akan menyertai Division 2 di mana ianya tidak akan dijual di Steam tetapi hanya di Uplay dan Epic Games Store.

Semestinya ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandangkan permainan Ubisoft sebelum ini seperti Anno 1800 juga tidak tiba di Steam yang mana kelihatan syarikat tersebut lebih memfokuskan jualan mereka di Epic Games Store.

Meskipun begitu, sekurang-kurangnya permainan tersebut sebelum ini boleh dipra-tempah melalui Steam, dan tidak dijual di platform tersebut setelah ia dilancarkan. Namun, melalui permainan Ghost Recon kali ini, kelihatan ianya tidak langsung akan tiba di Steam dan akan terus dijual melalui Epic Games Store dan Uplay.

Ini bukanlah satu berita yang mengejutkan, memandangkan sudah makin banyak penerbit permainan sudah mula berpindah ke Epic Games Store. Walaupun begitu, kami juga memahami jika terdapat pemain yang tidak suka akan tindakan Ubisoft ini. Ini juga membuka satu pertanyaan sama ada permainan Ubisoft akan datang seperti Assassin’s Creed dan Far Cry mungkin tidak lagi akan tiba di Steam? Tampaknya jawapan untuk soalan tersebut perlu kita nantikan setelah Ubisoft mengumumkannya kelak.

Tom Clancy’s Ghost Recon: Breakpoint akan dilancarkan pada 4 Oktober 2019 ini di Playstation 4, Xbox One dan juga PC. Untuk informasi lanjut berkenaan permainan tersebut anda boleh ke pautan ini.

Manakala bagi anda yang berminat untuk mendaftar beta terbuka, anda kini boleh berbuat demikian melalui laman ini.

Leave a Reply