Skip to main content

Days Gone sudah pun dilancarkan hujung bulan lepas di mana kami di Aksiz juga telah pun membuat ulasan buat permainan tersebut.

Terkini, melalui seorang pengguna Reddit, iaitu MorbidPharoah berkongsi yang mana beliau telah menerima dua emel dari Bend Studio yang mana ianya menyertakan set avatar dan tema khas Days Gone setelah beliau berjaya Platinum permainan tersebut.

https://twitter.com/MorbidPharaoh/status/1126923649682948101

Melalui imej yang dikongsikan oleh beliau, kelihatan ianya adalah satu avatar khas yang memperlihatkan watak Deacon St. John, iaitu watak utama di dalam permainan Days Gone tersebut. Selain dari segi tema pula, ianya kelihatan memperlihatkan sebilangan watak-watak yang terdapat di dalam permainan tersebut dengan latar belakang Deacon bersama motosikalnya.

Sememangnya ini adalah satu ganjaran yang baik sekali dan bukanlah kali pertama Sony berbuat demikian di mana sebelum ini mereka juga melakukan perkara yang sama untuk sebilangan permainan utama mereka. Meskipun begitu, buat masa ini ianya tidak pasti sama ada ianya adalah terhad buat pemain di Amerika Syarikat ataupun seluruh dunia.

Akan tetapi, kami percaya Bend Studio dan Sony pasti akan membawa ganjaran ini buat semua pemain yang mendapat Platinum dalam masa terdekat ini dan bagi anda yang sudah pun mendapatkan trofi Platinum tersebut, nantikan di kotak emel anda untuk menerima tema dan avatar Days Gone tersebut.

Leave a Reply