Melalui laporan kewangan The Pokemon Company minggu ini, mereka mengumumkan bahawa mereka akan bekerjasama dengan pembangun permua terkenal, DeNA untuk melancarkan permua Pokemon baharu menjelang fiskal tahun ini.

Buat masa ini, informasi lanjut berkenaannya tidak dikongsikan oleh kedua-dua belah pihak. Namun apa yang pasti ianya akan memfokuskan bentuk permua dan ia bakal dilancarkan sebelum Mac 2020.
Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan DeNA, mereka adalah pembangun permua terkenal yang bertanggungjawab terhadap pelbagai permua oleh Nintendo seperti Super Mario Run dan juga permua akan datang Mario Kart Tour. Dengan kerjasama ini juga sudah pasti senarai permua oleh Nintendo bakal meningkat dan membawa pelbagai keuntungan buat syarikat tersebut.