Skip to main content

Sebelum ini, Square-Enix melancarkan senjata Keyblade eksklusif khas mengikut konsol yang mana ianya adalah terhad buat pembelian awal sahaja.

Terkini, tampaknya senjata Keyblade tersebut tidak lagi terhad untuk mereka yang membeli Kingdom Hearts 3 lebih awal di mana Keyblade tersebut boleh dibeli secara berasingan dengan harga RM12 setiap satu. Untuk Keyblade Midnight Blue, anda boleh ke pautan ini manakala Keyblade Dawn Till Dusk pula ke pautan ini.

Menariknya juga, Keyblade yang kami laporkan di mana sebelum ini khas untuk pembeli Amazon, juga kini dilancarkan sebagai DLC tambahan yang mana pemain boleh beli. Namun, dukacitanya Keyblade khas buat konsol Xbox One tidak disertakan buat pemain Playstation 4 dan juga sebaliknya.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Keyblade tersebut akan mempunyai kemahirannya tersendiri di mana ianya akan tingkatkan sebilangan jenis kemahiran sihir yang berbeza.

Kingdom Hearts 3 merupakan permainan aksi RPG yang dibangunkan oleh Square-Enix di konsol Playstation 4 dan Xbox One. Permainan tersebut mendapat sambutan ramai dengan bentuk rentas-francais antara watak Disney dan Square-Enix dan kami di Aksiz juga telah pun membuat-ulasannya dimana anda boleh membaca atau menontonnya di bawah.

Leave a Reply