Informasi Permainan Video Terkini
Bentuk Pengubahsuaian Kart Buat Crash Team Racing Nitro-Fueled Diperlihatkan

Bentuk Pengubahsuaian Kart Buat Crash Team Racing Nitro-Fueled Diperlihatkan

Diterbitkan pada Mei 11, 2019 oleh .

Crash Team Racing Nitro-Fueled merupakan permainan pernambah-baikkan yang bakal tiba Jun ini. Melaluinya, minggu ini Activision memperlihatkan keupayaan untuk mengubah-suai kart pemain dengan pelbagai pengubahsuaian yang bakal tiba.

Fungsi pengubahsuaian yang bakal disertakan melalui permainan bukan sahaja membolehkan pemain mengubah badan kenderaan kart tersebut, malah pemain juga boleh mengubah warna, tayar, pelakat dan sebagainya.

Tambahan itu, pemain juga berupaya untuk mendapatkan pelbagai ganjaran untuk kostum, kelengkapan pengubahsuaian dengan bermain mod pengembaraan yang terdapat di dalam permainan ini. Melaluinya, pemain perlu pengumpul koin Wumpa dan menggunakannya untuk membeli barangan-barnagan tersebut di kawasan Pit Stop.

Selain itu, sebelum ini Activision juga menyertakan pelbagai kostum dan rekaan kart berbeza yang mana pemain juga boleh menetapkannya, bukan sahaja kenderaan kart malah watak-watak pemain.

Crash Team Racing Nitro-Fueled akan dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan Switch pada 21 Jun 2019 ini.


TIPS & ULASAN