Informasi Permainan Video Terkini
BoBoiBoy The Movie 2 Akan Ditayangkan Pada 8 Ogos 2019

BoBoiBoy The Movie 2 Akan Ditayangkan Pada 8 Ogos 2019

Diterbitkan pada Mei 10, 2019 oleh .

Bagaikan baru sahaja semalam menonton filem animasi adiwira keluaran Animonsta iaitu BoBoiBoy, pada hari ini mereka telahpun mengumumkan tarikh tontonan filem kedua mereka yang bertajuk BoBoiBoy The Movie 2.

Menerusi video terbaru mereka di saluran YouTube Monsta, tarikh tontonan umum filem ini adalah pada 8 Ogos 2019 dan boleh dikatakan dalam tempoh 3 bulan akan datang sejajar dengan musim cuti sekolah.

Dan dalam video acah ini juga menunjukkan BoBoiBoy menjerit ‘Kuasa Lima’ sekaligus menguatkan lagi teori mungkin kuasanya telah dicuri. Mari kita sama-sama nantikan filem ini yang bakal hadir tidak lama lagi.

Baca: BoBoiboy Movie 2 – Kenapa Retak’ka Adalah Penjahat BoBoiboy Paling Berkuasa?


TIPS & ULASAN