Informasi Permainan Video Terkini
Dokumentari Pembangunan God Of War ‘Raising Kratos’ Kini Boleh Ditonton Di Youtube

Dokumentari Pembangunan God Of War ‘Raising Kratos’ Kini Boleh Ditonton Di Youtube

Diterbitkan pada Mei 10, 2019 oleh .

Sebelum ini kami berkongsi yang mana Sony akan melancarkan dokumentari pembangunan permainan God Of War yang bertajuk ‘Raising Kratos’. Terkini, video dokumentari tersebut akhirnya dilancarkan secara rasmi melalui Youtube di mana ianya adalah satu video panjang yang berdurasikan 1 jam 54 minit.

Sememangnya ini merupakan video dokumentari yang penuh dicampur dengan pelbagai tayangan disebalik tabir ketika pembangunan permainan God Of War. Di kalangan penemu bual yang dipaparkan, semesti pengarah permainan tersebut, iaitu Cory Barlog menjadi tumpuan utama melalui video ini.

Selain itu, Sony juga memperlihatkan bagaimana lakonan suara latar dilakon dan termasuklah saat rakaman ‘motion capture’ bersama-sama dengan saat selepas ianya diumumkan ketika di E3 2016 lepas.

Semestinya dengan kejayaan God Of War sebelum ini, dicampur dengan ulasan yang sempurna diberikan oleh kami sebelum ini, semestinya ini adalah satu dokumentari yang perlu anda tonton.


TIPS & ULASAN