Colossal Order iaitu pembangun permainan simulasi pembinaan bandar popular Cities: Skylines mengumumkan yang DLC penambahan baharu untuk permainan tersebut akan memfokuskan kepada pendidikan.

Digelar sebagai ‘Campus’ penambahan ini akan membolehkan pemain untuk menyediakan satu kawasan yang akan dijadikan sebagai pusat pengajian. Ia boleh dijadikan sebagai Trade School, Liberal Arts ataupun Universiti.

Pemain kemudian boleh menambah pelbagai bangunan lain apabila pusat pengajian tersebut mula mendapat reputasi yang baik. Terdapat 9 fakulti dan stadium yang boleh dibina untuk pelbagai jenis sukan.

Penambahan Campus akan dikeluarkan pada 21 Mei ini dengan harga RM32.

Sohor Kini