Skip to main content

PlayStation awal pagi ini berkongsi State of Play baharu, selain mengumumkan beberapa permainan yang sudah diumumkan sebelum ini seperti Final Fantasy VII, MediEvil dan Monster Hunter World Iceborne, mereka juga mengumumkan 3 permainan baharu iaitu;

Riverbond

Riverbond adalah permainan hack-and-slash dungeon crawler yang boleh dimainkan secara solo ataupun multi-pemain setempat sehingga 4 pemain. Ia mempunyai grafik yang seakan Minecraft dan Roblox.

Ia akan menyertakan 8 kostum berdasarkan siri permainan lain iaitu Planet of the Eyes, Knights and Bikes, Lovers in a Dangerous Spacetime, Guacamelee, Bastion, Psychonauts, Shovel Knights dan Enter the Gungeon.

Permainan ini akan dikeluarkan pada suku ketiga tahun ini untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.

Predator: Hunting Ground

Predator: Hunting Ground adalah permainan yang dibangunkan oleh Illfonic dengan kerjasama bersama Sony dan Fox. Berdasarkan video acah dan penulisan mereka di PlayStation Blog, ia merupakan permainan aksi pemburuan seperti permainan Friday the 13th yang juga dibangunkan oleh mereka.

Melaluinya, 1 pasukan (4 pemain) akan menjadi tentera yang dilengkapi pelbagai senjata akan memburu Predator yang dikawal oleh seorang pemain lain. Predator akan mempunyai peralatan tersendiri termasuk juga dapat menyelinap.

Ia dijangkakan akan dikeluarkan pada tahun 2020 buat masa ini ia adalah eksklusif untuk PlayStation 4.

Away The Survival Series

Jika anda ingin menjadi seekor Sugar Glider ini adalah peluang anda. Away The Survival Series merupakan permainan yang dibangunkan oleh Breaking Walls.

Di dalam permainan ini, pemain akan menjadi seekor Sugar Glider dan apabila habitat anda terbakar (sebab tidak dinyatakan) anda perlu menyelamatkan diri.

Selain itu, anda juga perlu melawan pemangsa semula jadi seperti ular. Ia sudah semestinya satu permainan yang unik. Tarikh pengeluaran tidak diumumkan lagi dan akan dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan PC.


Di atas adalah permainan-permainan baharu yang diumumkan semasa State of Play. Jika anda ingin menonton acara tersebut secara penuh, video penuh kami sertakan di bawah.

Leave a Reply