MediEvil Bakal Menghantui Pemain Menjelang Oktober Ini

Ketika acara State Of Play yang berlangsung awal pagi tadi, Sony Interactive Entertainment akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran permainan pernambah-baikkan MediEvil, yang mana ianya bakal tiba pada 25 Oktober 2019 ini secara eksklusif di Playstation 4.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, MediEvil merupakan permainan yang diolahkan semula berdasarkan permainan yang dilancarkan di Playstation 1 beberapa tahun lepas. Kini melalui versi olahan semula ini, Sony menaik-taraf permainan ini dengan visual baharu dicampur dengan sokongan resolusi 4k di konsol Playstation 4 Pro.

MediEvil memfokuskan watak Sir Daniel Fortesque., dimana beliau merupakan seorang pahlawan wira yang terkorban ketika bertempur. Namun, beliau diberi peluang untuk membalas dendam terhadap ketua musuh ahli sihir Lord Zarok, dimana Sir Dan dihidupkan semula untuk sekali lagi diberi peluang untuk menyelamatkan Kingdom of Gallowmere.

Buat masa ini, senarai harga bagi pasaran Malaysia masih belum diumumkan. Kami pasti akan mengemaskininya setelah ia diumumkan kelak.

Sohor Kini