Avengers: Endgame adalah filem MCU paling berjaya setakat ini. Filem ini berada di tangga kedua untuk carta dunia dengan kutipan tertinggi. Marvel Studios’ berjaya mengambil hati peminat melalui filem ini yang juga merupakan kesimpulan kepada 21 filem sepanjang 11 tahun sejak 2008.

Di Malaysia sahaja, tiket pra-tempah mencapai RM10 Juta dari 2 April sehingga 23 April. Terkini, Avengers: Endgame telah menjadi filem No. 1 di Malaysia dengan kutipan sebanyak RM70 Juta. Ini adalah satu hasil yang membanggakan. Untuk carta dunia, $2,272,706,419 telah berjaya dikutip dan hanya tinggal $515,258,668 sahaja untuk memegang takhta No. 1 bagi menewaskan kutipan Avatar.

Walau bagaimanapun, filem ini bukanlah penutup buat fasa ketiga MCU. Filem Spider-Man: Far From Home adalah filem penutup fasa ketiga dan bakal ditayangkan di Malaysia pada Julai kelak. Manakala, fasa keempat pula hanya akan bermula pada tahun 2020 nanti.

Sohor Kini