Lanjutan daripada pengumuman Fortnite musim ke-9 sebelum ini, kini acara tersebut akhirnya bermula secara rasmi yang mana Epic Games menyertakan pelbagai kandungan dan cabaran baharu untuk pemain lakukan.
Musim ke-9 kali ini memfokuskan era dan tema futuristik di mana akan terdapat pelbagai lokasi bandaraya moden yang menarik dicampur dengan pelbgai cabaran yang pemain boleh lakukan.
Bagi anda yang membeli dan memiliki Battle Pass, Epic Games akan menyediakan 100 jenis ganjaran khas mengikut peringkat di mana peringkat pertama akan menyertakan dua kostum yang pemain boleh dapatkan.
Seperti biasa, ganjaran-ganjaran tersebut akan kemudiannya disertakan dengan pelbagai lagi kandungan tambahan seperti haiwan peliharaan bertemakan futuristik sehinggalah kostum-kostum yang boleh diubah, setiap kali pemain tingkatkan nilai peringkat Battle Pass pemain.

Dari segi lokasi pula, Epic Games kali ini membawa lokasi baharu yang pemain boleh terokai selepas gunung berapi dari musim yang lepas telah hilang, dengan kawasan baharu Neo Tilted dan Mega Mall.
Selain itu, terdapt juga bentuk penerbangan baharu yang pemain boleh melompat dan terbang melalui sistem pengakutan Slipstream. Ini sekaligus akan memudahkan pemain untuk bergerak dengan lebih pantas pada masa yang sama akan hasilkan satu bentuk melarikan diri buat mereka yang bijak menggunakannya.

Dari segi cabaran pula, Epic Games menyertakan pelbagai cabaran baharu yang pemain perlu lakukan dan pada masa yang sama satu cabaran acara khas yang dipanggil Fortbytes di mana pemain perlu mengutip 100 daripada Fortbytes tersebut untuk nyah-sulitkan imej bermisteri khas melalui musim ini.
Menurut Epic Games, Fortbytes tersebut akan dinyah-kunci setiap hari di mana hari pertama akan terdapat 18 Fortbytes yang pemain perlu cari dan setiap hari kemudian akan dapat sekurang-kurang 1 Fortbytes yang akan dinyah-kunci secara berperingkat.
Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan pelbagai kostum-kostum dan kandungan menarik ini melalui permainan Fortnite yang mana ianya boleh dimuat-turun secara percuma untuk semua platform konsol, PC dan termasuklah telefon pintar.